Sunday 26 February 2012

Part 7

Views
Tak cukup dari hadapan sampai ke dapur makcik si Fitrah ini mencari ke mana saja pergi orang di dalam rumah ini. Sehinggalah muncul si anak kecil ini menegur ' Mama. Mama dah balik. ' Terdengar sahaja suara yang manja itu lantas menolehkan kepalanya. Hati yang bimbang menjadi tenang sebaik sahaja senyuman yang comel menyambut kepulangannya. ' Adik. Ke mana papa? Kak Fitrah dah sampai kan? Risau mama tengok rumah sunyi saja.' soal mak cik Fitrah yang masih lagi keliru.

Anak kecil itu tersenyum lebar melihat mamanya yang tampak keletihan pulang ke rumah. ' Papa ada kat atas tengah siap-siap nak pergi surau . Abang Afif pun. Kak Fitrah tak tahu buat apa. Ada dalam bilik tu.' Ujar anak kecil itu .
Tidak lama kemudian pakcik Fitrah pun menuruni tangga rumah banglo mereka . ' Eh , Mama. Dah sampai pun, papa baru nak call tadi. ' Ujar si suami. Makcik Fitrah hanya mencapai tangan suaminya lalu bersalaman. ' Mama pun ingat nak call juga . Tapi alang-alang kawan nak tumpangkan. Mama balik dengan dia sajalah. Pa, Mama naik atas mandi dulu.' Makcik Fitrah lalu menaiki tangga dan terus ke bilik tidurnya.

Kebetulan berselisihan pula dengan budak Afif ni. Afif yang sudah lama tidak bertemu dengan makcik Fitrah berasa teruja apabila telah bersua muka . ' Eh, makcik.' sambil menyuakan tangan untuk menyalam makcik Fitrah itu. Makcik Fitrah lalu menyambut salam Afif namun tidak menghulurkan tangannya. ' Eh, kamu sudah berwuduk kan? Tak apa, beri salam pun makcik dah okay.' Tegur makcik Fitrah mengingati Afif . Afif boleh pula terlupa . Yalah, excited sangat berjumpa dengan makcik Fitrah. Sebelum ni makcik Fitrah mengenalinya sewaktu berumur 5-6 tahun semasa di kampung .Tak menyangka pula akhirnya mak cik Fitrah sekarang sudah hidup senang seperti hari ini.

'Abang bau wangilah.' puji si anak kecil sambil mebulatkan biji matanya dan tersenyum comel. Afif terasa seronok pula bila dipuji . ' Ek? Abang hensem tak?' Melebih-lebih pula budak Afif ni. Anak kecil tadi menjawab , ' Hensem. Macam Donghae super junior.' Tersengeh anak kecil itu. 'Dah siapa pulak Donghae ni? Super junior bukankah kumpulan Korea yang terkenal di seluruh negara tu? Wah, boleh tahan budak ni ek.' Aneh sahaja si Afif sambil berbisik di dalam hatinya.

Pakcik Fitrah melihat anaknya itu mesra sahaja dengan si Afif . Walaupun baru hari ini sahaja mereka berjumpa tapi seakan sudah lama mereka kenal. Hatinya bersyukur kehadrat ilahi. Walaupun anak itu masih kecil namun dia dapat menyesuaikan diri dalam keluarga ini dengan baik . ' Afif, jom. ' Ajak pakcik Fitrah untuk ke surau. Afif pun bergegas ke pintu keluar lalu menyarung sandalnya. Mereka pun pergi.

Fitrah yang segar selepas mandi. Menuruni tangga dan terus ke dapur. Melihat barang-barang dapur yang dibeli oleh pakciknya. Tiba-tiba ada ilham pula untuk menu makan malam nanti. Tidak lama kemudia mak cik Fitrah pun turun ke dapur. 'Engkau buat apa tu Fit? ' Teguran makciknya mengejutkan dia sehingga tercampak lobak yang ada pada tangan nya.

'Astarghfirullahalazim..makcik!' Tiba-tiba nada suara Fitrah tinggi. ' Terkejut saya. Bila makcik balik? Tak tahu pun. Ingatkan tadi saya je yang ada dalam rumah ni . ' Jelas nya sambil membongkokkan belakangnya mencapai lobak yang tergolek di bawa meja.

Makciknya menahan ketawa sampaikan tidak berdaya untuk berdiri apabila melihat perangai Fitrah yang cuak. ' Hahahah! kenapa? Kau takut ?' Soal makciknya yang masih belum habis mentertawakan anak saudaranya itu. ' Apa pulak tak takut. Rumah besar macam ni entah daripada mana datangnya penyangak menyelinap masuk rumah . Naya. ' Jelas Fitrah. Mencapai kerusi pada meja makan lalu duduk .

' Kalau ada pun , ada ke yang nak tegur kau macam tadi? Silap-silap rumah dah kosong pun engkau tak sedar.' Sindir makciknya. Mereka berbual mesra di dapur sambil menyiapkan makan malam . Fitrah berasa sangat gembira setelah lama tidak bertemu dengan makciknya. Akhirnya dapat juga berbual dan bergurau bersama-sama. Fitrah menganggap makciknya itu seperti ibunya sendiri. Oleh kerana mereka jauh, Fitrah merindui makciknya sama sahaja seperti merindui arwah ibunya yang sudah lama meninggal dunia sejak dia berusia 4 tahun. Sekarang sudah meningkat usia remaja. Malah hendak berakhir zaman remajanya dan melangkah ke alam dewasa. Masih lagi terkapai-kapai mencari dirinya yang sebenar untuk meneruskan kehidupan hari-hari.

Anak kecil tadi menerpa ke arah mamanya dan bertanya ' Mama, bila papa nak balik? Adik laparlah?' Soal anak kecil itu. ' Yeke lapar? Ke rindu kat abang Afif? ' Sindir Fitrah untuk mengusik sepupu baru nya itu.
' Nanti Pikah dah besar macam Kak Fit. Pikah nak kahwin dengan abang Afif.' Ujar anak kecil itu tersenyum malu. Makciknya ketawa sahaja melihat kelakuan mereka berdua. ' Eh, Abang Afif suka kat akak. Mana boleh kahwin dengan Pikah.' Mengusik sahaja si Fitrah ni. Anak kecil itu daripada berwajah manis tiba-tiba sahaja bertukar muram. ' Alah.. merajuk la ni? Anak mama merajuk ye. Nanti abang Afif dah balik Pikah pergi tanya dia. Okay? ' Makcik Fitrah yang ingin memujuk anaknya. Fitrah tersenyum lebar melihat karenah anak kecil itu. ' Wah, dah pandai ek budak-budak zaman sekarang ni.' Fitrah berbisik di dalam hati.

Friday 24 February 2012

Part 6

Views
Sampai sahaja di rumah ibu saudara Fitrah, seorang budak perempuan yang comel sedang menunggu di hadapan pintu pagar rumah. ' Dah sampai pun, lamanya.' anak kecil itu berkata. Fitrah tidak tahu siapakah yang menegurnya tadi itu . ' Adik ni siapa? Buat apa tunggu di sini sorang-sorang? ' Soal Fitrah . Fitrah tertarik melihat tingkah laku anak kecil itu yang ramah menyapa Fitrah dan Afif sesudah sahaja ternampak mereka berdua itu menuruni taksi .
' Kak Fit ni buat lawak lah pulak. Papa cakap kalau nampak korang dah sampai suruh korang masuk rehat dulu kat dalam. Papa keluar kejap beli barang masak untuk makan malam nanti. ' Lancar sahaja anak kecil itu berkata-kata.
Afif dapat mengagak yang anak kecil itu tadi merupakan sepupu kepada Fitrah. ' Eh, takkan kau tak kenal sepupu kau sendiri Fit? Lama sangat ke korang tak jumpa? ' soal Afif .
Fitrah tidak menyangka anak kecil itu adalah sepupunya kerana makciknya tidak memiliki cahaya mata sebelum ini. ' Aaaa... Tak tahu lah aku? Sebab makcik aku tak ada anak? Haish, tak kan la aku silap?' Hairan si Fitrah .

Anak kecil itu lantas menarik  tangan mereka lalu masuk ke kawasan rumahnya. ' Ish, korang nih lambat betul. Cepat lah masuk , Pikah dah letih tunggu kat luar lama-lama. ' sambil merungut.
Setelah masuk ke dalam rumah, Fitrah melihat pada dinding-dinding rumah yang tergantung gambar keluarga di mana terdapat gambar makcik dan juga pakciknya. ' Hah! betul lah ni rumah makcik aku. Ni gambar dia dengan pakcik. Eh ? Budak ni pun ada sekali lah. ' Fitrah berasa keliru.

Afif sudah mengesyak , kemungkinan besar makciknya mengambil anak angkat bagi melengkapi sebuah keluarga bahagia. Memandangkan makciknya pun tak ada anak. ' Weyh, makcik kau tak citer ke? Yalah, dia ambil anak angkat ke an ? ' Jelas Afif.
'Entah lah. Dia tak ada pun citer apa-apa kat aku dengan ayah. Tak pe lah tunggu pakcik balik nanti aku tanya. Pelik juga aku bila budak ni tau nama aku.' Ujar Fitrah sambil mengerling ke arah anak kecil itu .

Tidak lama kemudian pakcik Fitrah pun tiba. Bunyi motorsikal superbike pak cik nya telah menarik perhatian Afif  lalu keluar . ' Assalammualaikum, apa khabar pakcik?' Afif memberi salam terhadap pakcik Fitrah itu lalu menghulurkan tangannya. 'Waalaikumussalam, alhamdulillah sihat. Kamu dah lama sampai? ' Sambut pakcik Fitrah itu dengan tersenyum mesra. Pakcik Fitrah mempelawa Afif untuk masuk ke dalam. ' Marilah masuk, boleh lah kita berbual panjang. ' Afif menganguk ' Baiklah..'

Anak kecil itu segera bergegas ke arah pak cik Fitrah lalu meminta beg plastik yang dibawanya. 'Pikah bawa elok-elok . Jangan sampai terjatuh. Nanti tak makan la kita malam ni.' Pakcik Fitrah pun menghulurkan beg plastik tersebut sambil berpesan kepada anak kecil itu . Terdengar sahaja suara pakcik , Fitrah pula tak sempat-sempat ingin bersua muka dengan pakciknya. Pakcik duduk di atas sofa mewahnya . 'Pakcik, siapa budak tu? ' Soal Fitrah yang tak sempat-sempat .

'Weyh, kalau ye pun sini lah duduk dulu . ' Ajak Afif. Fitrah memuncungkan mulutnya lalu duduk  di sebelah pakciknya. 'Eleh... ' sambil menjeling ke arah Afif. 'Pikah anak angkat pakcik dan makcik. Baru 2 bulan dia tinggal dengan kami. Alhamdulillah dia pun dapat menyesuaikan diri. ' Jelas pakciknya . Sudah pastinya Fitrah berasa hairan. Sedangkan anak kecil itu baru lagi di dalam keluarga ini.

'Patutlah tak tahu apa-apa pun. Pakcik balik kampung dah la jarang sekali. ' Ujar Fitrah sambil tersengeh.
Rancak mereka berbual sehingga senja menjelang. Mak cik Fitrah pun sampai ke rumah. 'Assalammualaikum..' Makciknya mengucap salam sebelum masuk ke rumah. Namun, tidak ada sesiapa yang kelihatan. 'Mana pergi semua orang nih? Kasut saja banyak bersepah, tak kan lah belum sampai lagi budak-budak nih? ' Hairan mak cik Fitrah.

Tuesday 21 February 2012

Part 5

Views
Fitrah termenung . Melihat terus ke tingkap bas yang dinaiki olehnya bersama-sama Afif . Dalam perjalanan mereka ke bandar sudah pun memakan masa selama 4jam. Terngiang-ngiang suara Pak Hasyim di minda Fitrah . Mengimbas kembali apa yang dinasihatkan oleh bapanya. 
' Engkau nak ke bandar tu baik-baiklah. Jangan kau buat benda yang tak senonoh pula. Macam kau tau kan, kat bandar tu macam-macam yang kau akan jumpa. Pelik-pelik dari kau pun mesti ada punya. Dengar nasihat si Afif tu. Bukan nya apa, aku dah pesan minta dia tolong tengok-tengokkan kau masa di bandar nanti. ' Nasihat Pak Hasyim sebelum mereka berangkat ke bandar lagi. 

Fitrah berasa serba salah kerana niatnya untuk ke bandar adalah untuk mengcapai impian dia sebagai seorang performer yang hebat. Tetapi Pak Hasyim mengharapkan dia mencari pekerjaan yang boleh menjamin masa depannya. ' Hoi.. jauh termenung. Engkau ni dah rindukan kampung ke? Baru sahaja 4 jam . Belum lagi 2 tahun.' Tegur Afif sambil melambai-lambai tangannya di depan muka Fitrah. 
Fitrah terkejut lalu mengeluh sahaja. ' Ayah aku ada cakap apa dengan kau sebelum ni?' Tanya Fitrah. 

Afif yang sedang asyik mengunyah roti pun beralih mukanya memandang Fitrah ' Kenapa engkau tanya?' Soal Afif . 
' Ishh, engkau ni bila aku tanya tu jawab saja lah. Banyak bunyi pulak.' Fitrah berasa bengang lalu menampar lengan Afif yang duduk bersebelahan dengannya itu .
Afif terus menikmati rotinya tanpa membalas pertanyaan Fitrah itu. 'Adui! kau ni betul ke perempuan ? Macam jantan ni.' Afif mengusap-usap lengannya yang sakit itu.

Afif sengaja berdiam diri kerana tidak mahu memberi tekanan kepada rakan karibnya itu. 
' Kalau lah Fitrah tahu apa yang ayah dia nak, mesti dia rasa terikat sahaja dengan aku. Biarlah aku diam sahaja . Biar dia berkelakuan seperti biasa .' Afif berbisik di dalam hatinya. 

Pantas masa berlalu. Sedar tak sedar dah 8 jam mereka di atas bas dan akhirnya sampai juga ke destinasi. 
 'Yarrghh! lenguhnya belakang aku . Sakit punggung ni lama sangat duduk.' Afif merungut sambil merenggangkan badannya.
'Engkau ni lebih dari perempuan. Habis nanti dah jadi chef , macam mana kau nak angkat periuk-periuk besar tu? Angkat barang-barang lain lagi, tong gas lagi haaa..?' Fitrah beleter sahaja terhadap Afif. 
Afif mengorek-ngorek telinganya dengan menggunakan jari kelingking kerana berbulu dengan leteran Fitrah tadi.

' Engkau jangan lupa bagi tau Pak Hasyim yang kita ni dah selamat sampai. Jangan lupa pulak. Aku nak pergi cari public phone jap. Mak aku dah lama tunggu apa. ' Afif mengingatkan kepada Fitrah sebaik sahaja sampai di bandar. 
'Baiklah, kita pergi sekali lah . Engkau ni adala tu. Telefon mak ke telefon aweks .' Sindir Fitrah.
Mereka pun lalu pergi berjalan mencari telefon awam yang berdekatan di kawasan itu.

' Ha! tu..tu..tu public phone. Jom lah.' Fitrah mengajak Afif setelah terjumpa telefon awam. ' Ha! cepatlah. Terhegeh-hegeh la. ' Bising sahaja si Fitrah itu. 

Selepas mereka selesai membuat panggilan, mereka terus pergi mencari teksi untuk pergi ke rumah ibu saudara Fitrah yang kebetulannya tinggal berdekatan . 
' Dah ambil ke alamat makcik kau tu? Nanti tercangak-cangak pula dalam taksi .' Soal Afif .
Fitrah membelek-belek buku nota kecilnya . ' Ada ni. Awal-awal  lagi ayah aku catat. Sempat pulak tu ingatkan makcik aku yang kita nak tumpang bermalam kejap sampai lah kau dah boleh masuk kerja lusa nanti. Tapi sorry la sebab makcik aku tak boleh nak jemput kita. Terpaksa lah ambil taksi sendiri . Yalah, dia sekarang sibuk dekat hospital tu.' Ujar Fitrah. 

' Relax lah, aku tak kisah pun. Janji dia sudi tolong pun dah bersyukur. Kalau tak nak merempat mana aku malam ni. ' Jelas Afif . ' Makcik kau doktor ke? ' Tanya Afif lagi. 
Fitrah yang sedang lenguh menggalas begnya lalu duduk di tepi tiang yang ada berdekatan dengannya. ' Tak ada lah, nurse sahaja pun. Minggu ni dia habis kerja lewat sikit. ' Balas Fitrah sambil melunjurkan kakinya. 

'Ha, bangun kak cik. Jom..jom.. Taksi dah sampai tu. Cepat nanti melepas pulak. ' Gesa Afif yang menyuruh Fitrah segera bangun. 
Mereka pun menahan taksi tersebut lalu terus bertolak ke rumah ibu saudara Fitrah. 



Sunday 19 February 2012

Part 4

Views
Pak Hasyim menyelak langsir yang melindung tingkapnya ketika mendengar bunyi motor kapcai seakan menghampiri rumah nya. 'Assalamualaikum Pak Syim..' Pak hasyim menjengah keluar selepas mendengar ucapan salam tadi itu. ' Engkau Afif, aku ingat tok imam tadi sebab bunyi macam motor kapcai dia pulak. Ha, ada apa hal nya ni? '
Afif pun menongkat dan turun dari motor ' Pak Syim ni, kalau ya pon jawablah salam dulu, ajak  saya masuk ke...kan...' Tersengeh sahaja sambil menjinjing sebungkus plastik yang berisikan goreng pisang. 'waalaikummussalam .. marilah masuk hehe .. maaflah..teruja sangat bila kau dah datang ni...engkau tak kerja hari ni? Emak kau sihat? ' soal pak Hasyim sambil mempelawa Afif masuk ke rumahnya. 'mak sihat saja , mak ada jemputan kenduri kat hujung sana kampung itu yang buka setengah hari saja tu... err.. Pak Syim Fitrah mana ? tak balik ke daripada semalam? ' tercangak-cangak Afif menunggu Fitrah muncul. 

'ada .. tapi dah keluar pergi rumah si sheila tu ha.. entah apa yang dibuatnya tak tahu lah.. semalam dia ada cari kau ke?' Pak Syim dengan slumbernya menjawab. 'menyacak dia lari terus ke kedai saya , tercungap-cungap ha.. saya ingat kena kejar dengan anjing..tapi pakcik yang kejar rupanya.. kenapa pakcik? ' sahaja Afif bertanyakan lagi walaupun sudah tahu.


' Balqis adik si Fitrah tu ha..ada cakap dia nak ke bandar jadi artis bukan nak kerja yang baik-baik ni ha.. mana aku tak amok. nasib tak lepaskan pergi lagi..ini dah mula bohong pak cik , macam mana pakcik nak tenang macam  ni. nak harapkan dia kerja kat kampung ni, bukan ada sangat peluang pekerjaan. sekurang-kurangya biarlah dia berdikari. yelah engkau pon tahu, kat bandar tu.. bahaya.' ujar Pak hasyim.

Afif berasa serba salah nak bertanya tetapi dia berasa bertanggungjawab pula terhadap Fitrah .Mungkin kebiasaan daripada kecil lagi mereka berkawan pak cik Hasyim banyak mengharapkan Afif membantu Fitrah . 'pakcik minggu depan saya dah nak bertolak ke bandar. Saya dapat kerja di restauran  kat sana jadi saya nak minta tolong pakcik tolong tengokkan mak saya semasa saya tak ada kat kampung ni ye..bolehkan pak cik?'


'engkau pakcik dah anggap macam anak pakcik sendiri, dah banyak arwah bapa kau tolong keluarga pakcik takkan lah kalau kau minta tolong pakcik nak tolak pulak. Jangan risau, tapi kau mesti ingat kerja baik-baik jangan buat hal . Pak cik tahu mak kau berat nak lepsakan kau bukan? iyelah kau sahaja yang dia ada. tapi kalau ini arah tuju kau, buat betul-betul..' Pak Hadsyim sempat memberi nasihat kepada Afif. 

'Kalau kau kat bandar nanti bolehlah tolong tengok-tengokkan si Fitrah tu.Maaflah pakcik menyusahkan kau. .' tambah Pak Hasyim. Afif hanya tersenyum ikhlas dan menganggukkan kepalanya.


'Afif? kau buat apa kat sini? ' terkejut si Fitrah melihat Afif di ruang tamu rumah semasa dia memasuki rumahnya. ' adala, kau hal orang tua-tua jangan menyampuk.' usik Afif lalu bangun . Afif meminta diri untuk pulang kerana hari pun sudah petang. ' Senang-senag datang lagi , engkau pun dah jarang datang rumah pakcik ni..' pak cik Hasyim berkata. Afif pun menghidupkan enjin motornya dan pulang.


Namun, hati Pak Hasyim berasa lega dan mengharapkan Afif sepenuhnya semasa ketiadaan dia di sisi anaknya. Pak Hasyim hanya mampu berdoa kedua-dua mereka agar selamat. Fitrah dibelengu rasa teka-teki tentang kehadiran Afif di rumahnya. 'Pak apa budak tu buat kat sini? ' soal Fitrah kepada bapanya. Pak hasyim pun menjawab ' adala.., hal orang lelaki . Kau apa tau..' sambil menjeling ke arah Fitrah..
'dah apa kena dengan dia orang ni? ' pelik si Fitrah sampai tergaru-garu kepalanya.



Saturday 18 February 2012

Part3

Views
' Afif...!! ' tiba - tiba pulak datang si Fitrah di kedai sampaikan tercungap-cungap .. 'Ha.. kau kenapa Fit? dah macam kena kejar dengan anjing je..?' tergagau-gagau tangan Fitrah meminta air dari Afif tapi dibuat tak endahnya budak Afif ni yang asyik dengan melekatkan tanda harga pada barang-barang yang hendak diletakkan pada rak. 


'Apa pulak kena kejar dengan anjing, aku kena kejar dengan bapa ak la. Ini semua salah adik aku , ada ke patut dia senang-senang pergi cerita kat bapa aku pasal aku nak pergi bandar hujung minggu ni . Apa lagi mengamuk la orang tua tu , tak pasal-pasal aku kena lari macam tak cukup tanah' terduduk Fitrah bersebelahan Afif. 


Afif menepis Fitrah dengan bahunya perlahan ' HAHA! nasib baik lah mak aku tak macam tu, semalam dia dapat tahu aku minta kerja kat bandar. Semak perut aku tengok muka dia muncung saja seharian. Tu.. masam lagi tu.. haih, aku pun tak tahu apa nak cakap.' 'Hah, kau tak cakap kat bapa kau ke pasal kerja kau kat bandar tu? Aku ingat dia dah tahu sebab bukan ke kau dah masuk kerja dulu minggu lepas, dah tu apa yang dia marah lagi? Hah, kau jangan macam-macam ... entah-entah...' 


dengan slumber nya Fitrah menampar dahi Afif ' engkau cakap bukan-bukan lagi aku tampar dahi kau laju-laju. Macam kau tak kenal aku, aku kan nak jadi penyanyi , kalau boleh sampai jadi penyanyi antarabangsa ...haa.. tapi bapa aku tahu aku nak ke bandar nak kerja jadi cashier saja ..sebab tu lah dia mengamuk tiba-tiba' mengeluh si Fitrah..

Afif terfikir tentang nasib yang sama apabila mendengar keluhan Fitrah soal bapa nya. Namun , Afif hanya bersabar dengan maknya agar keadaan tidak menjadi lebih buruk lagi. Soalnya maknya itu hanya tinggal seorang sahaja, jadi kalau dia tiada mungkin maknya akan kesunyian. Jadi sakit penat dia siapa yang akan ambil tahu. Afif pun terasa serba salah sebab tindakkan dia yang melulu memohon kerja di bandar sebelum ini. 'Weh, aku pergi rumah Sheila kejap , kalau aku duduk sini lama-lama nanti engkau tak jadi kerja pulak . Tak pasal-pasal aku kena sambung kejar dengan cik Norlie..heheh' Fitrah pun pergi dari situ.

Kebetulan pula Mak cik Norlie terdengar apa yang dibualkan oleh mereka tadi..'Kasihan pulak aku dengan budak ni, susah payah dia ke bandar nak kejar cita-cita dia jadi chef tapi aku pulak yang tak boleh nak menghargai usaha dia. Mungkin selama ini dia ikut sahaja kata aku, tapi tak bermakna yang impian dan harapan aku itu impian dia juga...' 


Afif menghampiri maknya dan melihat apa yang maknya tenungkan itu ' Mak...'

'Astaghfirullah al azim!' terkejut mak cik Norlie , tiba-tiba pulak muncul budak Afif ni tanpa disedarinya. 


'Mak tengok apa tu? ' sambil Afif membelek-belek lantai . 

' Afif, kalau mak bagi kau pergi bandar kau janji dengan mak boleh?' sangkal makcik norlie 

muka Afif teruja mendengar maknya menyebut soal ini 'insyallah mak selagi Afif mampu.'

Mak cik Norlie hanya menundukkan kepalanya seakan tidak rela untuk memberitahu apa yang tersirat dalam hatinya , tetapi ini sudah menjadi keputusan dia ' Kau janji dengan mak, kau pergi  ke bandar sana memang untuk jadi chef. Mak tak nak kau buat hal kat luar sana. ' 


Afif bersyukur kepada allah kerana telah melembutkan hati maknya untuk mengizinkan dia bekerja di bandar. ' Mak, jangan risau. Afif berjanji dengan mak, kalau Afif tipu mak, Mak jangan tolong satu sen pon pada Afif bila Afif dah susah nanti.' ' Engkau jangan main-main...cakap besar sahaja,nanti kau juga yang seksa.' balas makcik Norlie. Afif hanya mampu tersengeh.

Lega hati Afif, namun begitu dia teringatkan si Fitrah. Bagaimana kalau dia pergi ke bandar bersama -sama Fitrah dan membantu Fitrah mencari kerja yang baik. Lagipun, keputusan dia tak lah teruk sangat. Malah, lebih baik daripada budak Afif ni. Tetapi bapanya juga menggalakkan dia untuk bekerja, dan ini mungkin kesempatan yang baik. Mana tak mengamuk orang tua itu kalau tahu si Fitrah ni nak kerja yang belum tentu menjamin masa depannya.  

Friday 17 February 2012

Part 2

Views
Sekejap sahaja hari silih berganti , tengah panas terik tadi sudah pun senja. Afif sedang sibuk mengemas kedainya untuk pulang ke rumah. Mak cik Norlie masih lagi dibelenggu dengan rasa tidak puas hati dengan Afif. Entah kenapa Mak Cik Norlie tidak mahu memberitahu anaknya tentang panggilan tadi tetapi .. ' Mak , tadi ada orang telefon Afif ke sebab  ni ada receive call nombor Afif tak kenal? ke Mak bergayut tadi? ha, mak tak cerita pun mak dah ada boyfriend .' Afif dah tahu dulu soal panggilan tadi . ' engkau kalau nak bahan orang serah dekat kau, Afif kita cakap dekat rumah kejap lagi. Mak ada benda nak tanya engkau. ' tegas mak cik norlie.

Afif yang sedang bingung berasa ingin tahu ' apa yang mak cakapkan ni? Kenapa tak boleh cakap kat sini? Ha, jadi betul lah mak dah ada boyfriend , kenapa Afif tak tahu pun?' soalnya. Free kena luku di kepala , mak cik Norlie mula naik angin ' Kau jangan nak macam-macam , sudah! kemas cepat dah pukul berapa dah ni . Balik sembahyang maghrib .' Afif mengerling ke arah mak nya dan mengusap-usap kepalanya.

Selepas selesai solat maghrib di rumah, Mak cik Norlie pergi ke dapur untuk membancuh teh. ' Mak, cerita lah mak, siapa bapa baru Afif? sejak bila mak ni dah pandai secret - secret dengan Afif ni? ni mesti bapa baru  ajar kan..kan..kan.. betul tak?' Mak cik norlie memegang cerek yang berisikan air panas sambil menuangkan ke dalam jar yang berisi teh dan gula ' engkau nampak tak air ni tengah panas ?' sindir mak cik Norlie yang bengang dengan usikan Afif . ' kenapa? mak nak suruh Afif sejukkan ke? ' Afif perlahan-lahan mengelak jauh dari maknya.

'ni, mak nak tanya engkau sikit, engkau ada tak sembunyikan apa-apa daripada mak? kau cakap jujur dengan mak , mak bukan nak marah engkau. tapi kalau engkau senyap-senyap buat hal kat luar sana mak tak tahu mungkin mak marah dengan kau.' mak cik Norlie berterus terang. Afif yang sedang menguyah biskut kering terpaku apabila maknya menanyakan soalan  cepumas ' mak tanya kau ni Afif, kau jangan sampai mak tanya kau dengan lutut.' sindir mak cik norlie lagi yang tak sabar inginkan penjelasan daripada Afif .

Afif menyandarkan belakang dengan selesa di atas kerusi plastik yang didudukinya ' mak, mak tahukan Afif suka apa? buakn mak tak tahu anak mak ni jenis yang macam mana. Afif kalau nak apa Afif akan tetap kejar sampai Afif dapat benda tu . Bukan Afif tak mahu bagi tahu mak, tapi kalau Afif bagi tahu mak tak akan setuju. Afif minta maaf mak, bukan Afif tak sayang dengan mak tapi kenapa Afif nak buat kerja yang Afif tak suka.' Mak cik norlie mula barasa ketar kerana geramkan anaknya yang degil ' engkau dengan bapa kau sama sahaja. cakap mak tak ada nilai pada kau orang. Mak bukan nak halang kau, tapi mak tahu apa yang terbaik untuk kau. Kalau mak tak buat macam ni mungkin kita dah merempat kau tahu tak? sekarang ni alhamdulillah kita hidup serba lengkap, sebab apa? sebab kedai kita itu la Afif. Kalau bukan engkau siapa lagi yang nak teruskan bila mak tak ada nanti? '

Afif tak ingin berkata-kata, sebab dia sudah tahu ini akan terjadi kalau mak cik norlie tahu yang dia ingin mengejar impian nya untuk menjadi seorang chef , chef yang sehandal Chef Wan . Afif bangun daripada kerusinya ' mak.. arwah dah lama tak ada, jangan la kita ungkit lagi. Kalau mak tak boleh terima dengan keputusan Afif, tapi jangan mak langsung tak mempertimbangkan hal ni.  Afif selalu berdoa supaya Allah membuka hati mak untuk nampak kelebihan Afif dalam bidang ni..Insyallah. ' Afif tersenyum lalu beredar masuk ke dalam biliknya..

Namun begitu, hati mak cik norlie tidak tenang . Dia amat merisaukan anaknya itu, dan entah kenapa berat hatinya untuk membenarkan Afif pergi .

Menunggu [Part 1]

Views
Petang yang sibuk di Norlie Mart sampai tak menang tangan Afif dibuatnya. Alhamdulillah bisnes keluarganya berkembang maju. Bukan senang nak uruskan kedai yang tak ada pekerja , ya lah mengharapkan Cik Norlie dengan Afif sahaja lah yang menguruskan kedai itu. Hampir semua penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan Lavender ini mengenali keluarga Afif. Wow, walaupun bukan pangkat usahawan juta-juta tapi dikenali ramai juga tau, jangan main-main.


'Afif..'tapi tak ada respon. 'Afif oi..' pun juga tak ada respon. Pelik Mak cik Norlie sambil mengerut dahinya lalu bangun dari kerusi di kaunter cashier. 'Hoi, engkau kalau mak panggil apa pun tak boleh.'ditamparnya bahu Afif yang elok bersila di bawah. ' Hah? apa pula yang kau buat dekat rak itu? ada orang pesan hantar barang ni engkau tolong mak ye' Afif hanya menganggukkan kepalanya sambil mengelap botol-botol kicap yang sudah berhabuk di atas rak. 



'engkau dengar ke tidak? mak nak cepat lah Afif oi.. engkau kalau mak cakap macam cakap dengan tiang tau tak? ' mengeluh mak cik Norlie melihat Afif yang sengaja buat tak tahu . Afif terus bangun dan menarik sebelah tangan maknya ' Mak , turn mak pula lap botol ni. ha, mana senarai yang dia orang pesan tu? bak sini.' Afif mengambil senarai itu dan terus beredar membuat kerjanya.


Sengaja Afif mengusik maknya kerana dia menganggap maknya berkelakuan comel apabila sedang marah. Macam-macam budak Afif ni sampai customer melatah pun diusiknya. Walaupun Afif ni nakal tapi dia cepat mesra dengan  orang ramai. Ha , sebab itulah ramai yang mengenali dan selesa dengan keluarga Afif ni.


' mak pergi dulu, mak jaga kedai baik-baik tau jangan nak ponteng-ponteng nanti gaji kena potong. ' Afif keluar kedai sambil tersengeh. Mak cik Norlie dengan spontan membalas ' aku ke engkau yang kerap ponteng, gaji pon aku yang bayar. '

Dalam perjalanan Afif keluar kedainya Afif tak sedar yang dia tertinggal handphone, kebetulan pula masa dia tak ada di kedai handphone nya berbunyi. Mak cik Norlie pun apa lagi, sedang sibuk mengemas di belakang 'haih budak ni, tak bawa telefon aku pula yang kena menjawab. ha, kejap!' menjerit pula kat handphone tu sementara nak sampai .

'hello assalamualaikum , boleh saya bercakap dengan Encik Afif bin Muhammad Mazlan ?' Mak cik Norlie pun menjawab ' Maaf ini maknya bercakap, Afif tak ada dia ada kerja , ada apa ya cik" seram sejuk juga lah bila terdengar suara perempuan yang bertanyakan anaknya dengan formal. Minta-minta budak Afif ni tak buat pelik-pelik. ' Mak cik, anak Mak cik ada memohon untuk bekerja di Restauran Fragrant Maple dan permohonan anak mak cik berjaya. anak mak cik di minta untuk mula bekerja pada hari Selasa ini iaitu 5hari lagi bermula pada hari ini.' Lancar dibalas oleh perempuan tersebut.

Mak cik Norlie terdiam tanpa membalas sebarang kata-kata dan sehinggalah telefon itu dimatikan. Dia berasa hairan kenapa anaknya mahu bekerja di luar sedangkan bisnes keluarganya ada dan semakin berkembang . Afif sahaja anak yang dia punya, kenapa pula Afif nak keluar bandar? persoalan demi persoalan yang bermain di fikiran mak cik Norlie selepas mendapat khabar daripada panggilan tadi. Mood mak cik Norlie tiba- tiba bertukar suram.

Introductions / Pengenalan

Views
Hello. This is C.K and I want to thank to my friend K.C which pleasantly wanted to join me with this project. Actually, this Blog are created just for fun and hopefully it's help inspiring others.
In addition, this is solutions which may prevent from the negative perspectives of people about students and on-line. well, for the abuser you should just snap out of it. There is a lot of things you guys can do other than making people's life miserable .Make  some creations with the talent you have like Arts, journal, inventions , short film , animates, and sort of things.So i hope you guys enjoy it. thank you.

Hai, saya C.K dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya K.C yang sudi join untuk project ini. Blog ini direka hanya suka-suka dan berharap agar ini juga dapat membantu memberi inspirasi kepada penggiat 'surfing internet'. Ini juga salah satu cara untuk mengelak daripada tanggapan buruk orang ramai tentang pelajar dan internet.Kepada penyalah gunaan internet , kau orang sudah-sudah lah menyusahkan hidup orang lain. Banyak benda lain lagi yang kau orang boleh buat dengan bakat yang kau orang ada. SEMOGA SEMUA TERHIBUR. terima kasih.

 

Link Exchange