Saturday 7 April 2012

Part 10

Views
Sudah beberapa bulan Fitrah tidak bertemu dengan budak Afif. Memandangkan si Fitrah juga sibuk dengan kerjanya di pejabat.

 'Hey , Jom kita pergi makan . Dah Lunch time ni.' Pelawa rakan sekerja Fitrah .
Fitrah menganggukkan kepalanya sambil mencapai beg tangan .

 ' Jom, patutlah perut aku berdondang sayang sangat. Dah masuk waktu rehat rupanya. Aduh laparnya, kau belanja ya..huhu.'
'Alah kau kalau bab makan free memang laju. Ya lah aku belanja , air kosong je.. haha' Balas rakan sekerjanya itu.

Mereka pun lalu pergi untuk makan siang bersama. Dalam pada itu, mereka terserempak dengan Anas, tetapi tiba-tiba rakan sekerjanya yang ada bersama-sama Fitrah pada masa itu terlepas kata lalu mengungkapkan sesuatu yang membuatkan Fitrah sangat terkejut dan berasa malu.

' Selamat petang Tuan, jom makan bersama kami. Tak jadi masalah kan..'
'Eh, siapa pula yang kau panggil Tuan, Anas nih? Haha.. buat lawak sahaja lah kau ni. Jom kita pergi jangan melayan sangat dia ni.' Kata Fitrah yang berasa sangat menjengkelkan apatah lagi dengan Si Anas.
Fitrah mengheret rakan nya itu bersama-samanya .

' Kau dah gila kah apa? Susah-susah aku cari kerja dan sekarang aku dah dapat kerja kau nak bagi aku hilang kerja pula kah? Dia tu kan bos kita, berani kau cakap macam itu.' tegur rakannya sambil menepis tangan Fitrah yang memegangnya.
Setelah mereka sampai di sebuah restauran , muka rakan Fitrah itu masih lagi murung dan berasa sangat marah akibat kata-kata fitrah itu. Walau bagaimanapun, Fitrah juga pucat mukanya kerana baru tahu Anas itu merupakan majikannya.

'Cik nak pesan apa?' Tanya pelayan restauran di situ.
' Saya mahu nasi goreng ayam dan air teh panas. Ha, kau nak makan apa?' Tanya Fitrah terhadap rakannya.
'Sama. Tapi nasi goreng dy letak cili lebih sikit.' sindir rakannya yang masih lagi marah dengan Fitrah .
Fitrah cuma boleh berdiam diri sahaja. Fitrah berasa sangat malu kerana selama mereka berkenalan Fitrah sering saja bertengkar dengan Anas. Malah, menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati. Tetapi dia juga hairan. walaupun perkara ini sudah lama berlalu , kira-kira sudah dekat 5 bulan  mereka berkenalan mengapakah Anas masih mengekalkan dia sebagai pekerja di syarikatnya itu?

'Hai, pucat je muka. Lapar sangat kah?' Entah datang dari mana Afif , menegur Fitrah yang ada di restauran itu.
'Afif !!! Aku rindu kat kau. Apa kau buat kat sini? Lama betul kau menyombong dengan aku sampai mesej pun dah tak pernah nak hantar. Tak apa lah aku sedar la aku ni siapa kan.' Terkejut Fitrah sampai bergoncang-goncang  Afif  dibuatnya .


Afif berasa gembira apabila melihat Fitrah yang sangat teruja dgn kehadirannya.
'Sabar lah budak, kau ni kalau boleh goncang dgn kedai-2 ni kau robohkan.' Usik Afif .
'Eleh, aku syok sikit pon dah tak boleh sekarang. Tak ape lah, pergilah kau sana main jauh-jauh.' Kata Fitrah terhadap Afif.

Afif pun bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke dapur. Fitrah baru perasa yang restauran itu merupakan tempat kerja Afif. Tak hairanlah kalau bertembung di situ.

'Siapa tu? Cute juga. huhu.. single lagi tak kau kenalkan la kat aku.' Rakan sekerjanya menyelah.
Fitrah tersentap dengan kata-kata rakannya tadi.
'Haih? tadi bukan main marah kau. Dah sekarang masuk mood gatal kau pula kah?'
'Eleh, kalau aku marah memanjang kau juga yang terasa . Mana kau nak?'Balas rakannya.
Fitrah hanya tersengeh.

'Ini dia cik, nasi goreng ayam dan teh panas. Selamat menjamu selera.' Ujar pelayan di restauran itu sambil membawa talam yang berisi makanan dan minuman.
'Adik, yang mana ada cili lebih ni? ' Sindir rakan Fitrah.
Tetapi pelayan itu hanya tersenyum lalu beredar.
'Makan lah dulu baru tahu yang mana satu lebih cili.' Sindir Fitrah semula.

Friday 9 March 2012

Part 9

Views
'Eh, nak ke mana tu Fitrah?' Soal Pakciknya apabila melihat Fitrah kelam kabut turun dari tangga. 'Fit, dah lewat nih pakcik. Fit kena gerak pergi kerja dah. ' Jawab Fitrah. Pakcik Fitrah lagi berasa hairan . Bila masa pula si Fitrah ni sudah bekerja? Sejak bila pula dia mencari kerja? Banyak persoalan yang berada di minda .' Eh, nanti dulu...nanti..nanti..nanti...Tak cerita dengan pakcik pun yang kau dah dapat kerja. Makcik kau tahu tak? Kerja apa? Di mana?'

'Balik nantilah Fit cerita...bye-bye...' Tergesa-gesa Fitrah menyambut tangan pakciknya dan salam lalu pergi. Dalam perjalanan Fitrah ke tempat kerja tiba-tiba taksi yang dinaiki olehnya ditahan oleh penumpang lain. Tiba-tiba..' Encik tolong hantarkan saya ke alamat nih. Cepat sikit ye.' sambil menghulurkan kertas yang bertuliskan alamat tempat kerjanya.

Fitrah perlahan-lahan mengerling ke arah orang itu .Rupa-rupanya lelaki yang mengikutinya tempoh hari. Fitrah mengangkat tinggi beg tangannya lalu menghempuk lelaki itu. 'eeeeeee!! kamu lagi? kenapa kamu ni suka sangat menghendap saya ha? Tak habis-habis awak ikut saya. Ishhh!! pergilah,' Kecoh dibuatnya dalam taksi itu.

'Eh, apa ni? Bila pula saya ikut kamu? Hoi! sabarlah..' sambil menepis dengan kedua-dua belah tangannya. Tiba-tiba sahaja taksi yang dinaiki mereka berhenti mengejut. Nasib baiklah tak ada kereta lain menyusur di belakang. 'Encik dan Cik sekalian. Kalau rasa-rasa nak bergusti sila turun dan pergi ke gelanggang gusti ya. Taksi saya ni pengangkutan awam sahaja. ' sindir pemandu taksi itu.

'Maaflah, dia ni stalker. Menakutkan saja.' Balas Fitrah sambil menjeling ke arah lelaki itu. 'Eh, sedap mulut je cik kak ni ? Saya nak pergi kerja lah. Tak ada masa pun nak hendap awak.' Lawan lelaki itu.Fitrah malas nak melayan lelaki itu dan diam sahaja. Tak lama kemudian , taksi itu berhenti di tempat kerjanya Fitrah. Tetapi lelaki itu juga turun dari taksi itu. Setelah taksi itu beredar, Fitrah pun terus berjalan menuju ke pejabat. Tetapi lelaki itu juga mengikut laluan yang sama.

'Kamu ni betulkah?' Soal Fitrah. Lelaki itu pun pelik . ' Apa yang tak betul? ' Soal lelaki itu semula. Fitrah hanya lalu sahaja dan terus ke pejabat. Namun, lelaki itu pun turut mengikutinya. Fitrah buat tak tahu sahaja. Tiba sahaja di dalam pejabat Fitrah berasa hairan kerana masuk saja di ke dalam pejabat itu semua pekerja-pekerja yang ada di situ bangun dari tempat duduk mereka dan senyum kepadanya. Tetapi Fitrah tak perasan yang lelaki itu juga ada bersamanya . Lelaki itu hanya mengikuti dari belakang Fitrah dan membuat simbol menggunakan jari telunjuk dan meletakkan di mulut supaya mereka senyap .

'Maaf, tumpang tanya boleh saya tahu di mana boleh saya mulakan kerja saya?' Soal Fitrah terhadap salah satu pekerja yang ada di situ. 'Oh, jadi awak lah pekerja baru tu. Awak tahu tak bidang awak di sini , apa? ' Soal pekerja itu tadi. 'Saya kurang pasti, tapi saya rasa saya jadi model sambilan .' Jawab Fitrah. Pekerja itu tadi memandang tajam ke arah Fitrah sambil berkata ' Eh, boleh main rasa..rasa pulak dia. Hmm, memang pun awak model sambilan tapi tak bermakna yang awak ni boleh suka-suka hati datang lambat . Lain kali awal sikit. Nasib baik bos baru saja sampai.' Fitrah hanya menahan sabar dengan tingkah laku pekerja itu lalu beredar. Fitrah pun berjalan-jalan di kawasan tempat kerjanya . ' Wah, hebat juga tempat nih? Hmm.. sayang aku kerja sambilan je. Haisshh, tak pa..tak pa.. macam mana pun aku mesti kena bersemangat. Nanti boleh sampai ke peringkat Global.. Haha..berangan je lebih. Lantak lah.' Membebel sahaja seorang diri.

'Hai, sampai ke peringkat global ye cik kak. Nanti dah kena kejar dengan paparazzi meroyan pula.' Sindir lelaki tadi. Fitrah mengerutkan dahinya lalu berkata ' Sibuk apa kamu? Biarlah kalau bercita-cita tinggi. Pembakar semangat tahu tak?' Jawab Fitrah yang menahan marah.
'Kamu ni siapa ha? Kerja di sini juga ke? Hishh.. di mana ja ada saja kamu. ' Tambah Fitrah. Lelaki itu tersenyum manis . ' Nama aku Anas. Yelah aku kerja di sini . Kalau tidak buat apa lagi aku tercangak kat sini kan. Banyak tempat lagi aku boleh pergi enjoy. Dekat sini ada apa ja? Bosan.' Sambil meniup rambut yang menutupi di sebelah mata kirinya itu.

'Itulah lelaki, tahu nak enjoy saja. Apa? Duit tu jatuh daripada langit kah?' Sindir Fitrah.
Sejak dari itu Fitrah mula membiasakan dirinya dengan si Anas. Walaupun sudah lama mereka di tempat kerja yang sama dan sering berjumpa. Namun, ada saja yang tak kena. Macam kucing dengan tikus saja.Haiihh..penat aih.. ^^v

Thursday 1 March 2012

Part 8

Views
Keesokkan harinya, Pakcik memandu keretanya ke sebuah asrama Lavender di mana asrama yang Afif akan tinggal nanti. ‘ Wah! cantik juga tempat ni ye pakcik.’ Teruja dengan keindahan bandar. Fitrah hanya terdiam di tempat duduk belakang . 

Termenung ke arah tingkap entah apa yang difikirkannya . ‘ Afif, nanti kau dah start kerja. Aku macam mana?’ Fitrah menyoal Afif . Bunyinya pelik didengar oleh Afif sendiri. ‘ Eh? Aku ingat kau suka bila tak ada orang nak busy body hal kau lepas ni?’ Afif menyindir. 

Fitrah pernah terfikir kalau tiada Afif , bagaimana hendak dia bergaul di luar sana. Yalah, dia masih baru di bandar. Walaupun menumpang di rumah makciknya sendiri namun dia tidak merasa yang dia dapat menyesuaikan diri dengan baik.

‘Yelah-yelah. Kau ni, aku tanya je pun dah bunyi macam-macam.’ Hati Fitrah mula bengang dengan perangai si Afif. Walaupun begitu, hubungan mereka masih lagi kuat. Berkawan dari kecil hingga ke zaman sekolah menengah sampai lah dah nak kerja. Apatah lagi bila Afif tinggal jauh dari dia. Tak senang duduk lah Fitrah. 

‘Fit, engkau dah pohon kerja belum? Kalau belum lagi , Pakcik ada kenalan ni. Dia nak pakai orang di syarikat dia. Engkau ambil Business Study kan sebelum ni? Rasa nya syarat kau tu dah lepas.’ Pakcik Fitrah menawarkan kerja kepada anak saudaranya.

‘Eh..tak payah la pakcik. Fitrah boleh cari sendiri. Lagipun, Fitrah tak tahu Fitrah boleh buat ke tidak. Tak pasal-pasal je pakcik malu dengan kawan pakcik tu.’ Fitrah cuba mengelak . Pakcik Fitrah hanya menyerah sahaja apa keputusan Fitrah. Isterinya yang lebih berhak untuk menasihati anak saudaranya. Pakcik Fitrah beranggapan begitu kerana dia tidak mahu Fitrah berasa kurang selesa dengannya.

Walaupun caranya salah, tapi memandangkan tingkah laku Fitrah yang jenis susah menerima teguran, pakciknya hanya mampu memantau secara senyap-senyap supaya Fitrah tidak terjerumus dengan hal yang tidak elok.



Selepas sahaja selesai menghantar Afif ke asrama. Fitrah meminta pakciknya menurunkan dia di bandar. 'Pakcik, Fit nak turun kat sini boleh? Nanti balik Fit ambil teksi , Ok?' Pakciknya pun memberhentikan keretanya lalu Fitrah pun turun. Fitrah ingin melawati keindahan persekitaran baru. Fitrah tidak kisah walaupun sendiri tetapi kadang-kadang berasa takut juga. Yala, dia kan perempuan.


‘Hmm… Mana nih? Susah juga nak cari kerja.’ Fitrah yang sedang berjalan-jalan di kaki lima sambil mencari kerja di lorong-lorong kedai. Fitrah terhenti di sebuah kedai . Display window kedai tersebut terdapat patung yang dipakaikan pakaian yang bergaya. ‘ Wah! Cun juga style nih. Patung saja yang pakai dah Nampak elok. Cuba kalau aku yang pakai? Haha! Ala-ala Kpop sudah.’ Hati Fitrah berbisik.

Tiba-tiba sahaja Fitrah terdengar bunyi kamera bersebelahan dengan sisi kanannya. Fitrah terperanjat , kenapa pula lelaki ini mengambil gambarnya? ‘Eh? Apa nih?!’ Suara Fitrah meninggi. ‘Saya tengah ambil gambar awaklah. Kenapa?’ Jawab spontan lelaki tadi.
Fitrah menepis lenses kameranya lalu beredar daripada situ. Lelaki tadi mengikuti Fitrah dari satu tempat ke satu tempat. Fitrah mula berasa takut lalu Fitrah merancangkan sesuatu.


‘Eh? Mana budak tu dah pergi? Alamak! Boleh pulak terlepas. Apalah Anas. Benda senang pon susah ke?’ Lelaki tadi itu tercari-cari setelah Fitrah tidak kelihatan secara tiba-tiba. Fitrah bersembunyi di sebalik tiang yang berdekatan dengannya. ‘Fuhh. Nasib baik dah terlepas. Gila kea pa? ikut je aku ke mana-mana. Bahaya-bahaya. Huuuuu… Afif , kau tengok . Tak ada engkau je pelik-pelik je aku jumpa.’ Takut si Fitrah sambil merungut ingatkan Afif.

Sunday 26 February 2012

Part 7

Views
Tak cukup dari hadapan sampai ke dapur makcik si Fitrah ini mencari ke mana saja pergi orang di dalam rumah ini. Sehinggalah muncul si anak kecil ini menegur ' Mama. Mama dah balik. ' Terdengar sahaja suara yang manja itu lantas menolehkan kepalanya. Hati yang bimbang menjadi tenang sebaik sahaja senyuman yang comel menyambut kepulangannya. ' Adik. Ke mana papa? Kak Fitrah dah sampai kan? Risau mama tengok rumah sunyi saja.' soal mak cik Fitrah yang masih lagi keliru.

Anak kecil itu tersenyum lebar melihat mamanya yang tampak keletihan pulang ke rumah. ' Papa ada kat atas tengah siap-siap nak pergi surau . Abang Afif pun. Kak Fitrah tak tahu buat apa. Ada dalam bilik tu.' Ujar anak kecil itu .
Tidak lama kemudian pakcik Fitrah pun menuruni tangga rumah banglo mereka . ' Eh , Mama. Dah sampai pun, papa baru nak call tadi. ' Ujar si suami. Makcik Fitrah hanya mencapai tangan suaminya lalu bersalaman. ' Mama pun ingat nak call juga . Tapi alang-alang kawan nak tumpangkan. Mama balik dengan dia sajalah. Pa, Mama naik atas mandi dulu.' Makcik Fitrah lalu menaiki tangga dan terus ke bilik tidurnya.

Kebetulan berselisihan pula dengan budak Afif ni. Afif yang sudah lama tidak bertemu dengan makcik Fitrah berasa teruja apabila telah bersua muka . ' Eh, makcik.' sambil menyuakan tangan untuk menyalam makcik Fitrah itu. Makcik Fitrah lalu menyambut salam Afif namun tidak menghulurkan tangannya. ' Eh, kamu sudah berwuduk kan? Tak apa, beri salam pun makcik dah okay.' Tegur makcik Fitrah mengingati Afif . Afif boleh pula terlupa . Yalah, excited sangat berjumpa dengan makcik Fitrah. Sebelum ni makcik Fitrah mengenalinya sewaktu berumur 5-6 tahun semasa di kampung .Tak menyangka pula akhirnya mak cik Fitrah sekarang sudah hidup senang seperti hari ini.

'Abang bau wangilah.' puji si anak kecil sambil mebulatkan biji matanya dan tersenyum comel. Afif terasa seronok pula bila dipuji . ' Ek? Abang hensem tak?' Melebih-lebih pula budak Afif ni. Anak kecil tadi menjawab , ' Hensem. Macam Donghae super junior.' Tersengeh anak kecil itu. 'Dah siapa pulak Donghae ni? Super junior bukankah kumpulan Korea yang terkenal di seluruh negara tu? Wah, boleh tahan budak ni ek.' Aneh sahaja si Afif sambil berbisik di dalam hatinya.

Pakcik Fitrah melihat anaknya itu mesra sahaja dengan si Afif . Walaupun baru hari ini sahaja mereka berjumpa tapi seakan sudah lama mereka kenal. Hatinya bersyukur kehadrat ilahi. Walaupun anak itu masih kecil namun dia dapat menyesuaikan diri dalam keluarga ini dengan baik . ' Afif, jom. ' Ajak pakcik Fitrah untuk ke surau. Afif pun bergegas ke pintu keluar lalu menyarung sandalnya. Mereka pun pergi.

Fitrah yang segar selepas mandi. Menuruni tangga dan terus ke dapur. Melihat barang-barang dapur yang dibeli oleh pakciknya. Tiba-tiba ada ilham pula untuk menu makan malam nanti. Tidak lama kemudia mak cik Fitrah pun turun ke dapur. 'Engkau buat apa tu Fit? ' Teguran makciknya mengejutkan dia sehingga tercampak lobak yang ada pada tangan nya.

'Astarghfirullahalazim..makcik!' Tiba-tiba nada suara Fitrah tinggi. ' Terkejut saya. Bila makcik balik? Tak tahu pun. Ingatkan tadi saya je yang ada dalam rumah ni . ' Jelas nya sambil membongkokkan belakangnya mencapai lobak yang tergolek di bawa meja.

Makciknya menahan ketawa sampaikan tidak berdaya untuk berdiri apabila melihat perangai Fitrah yang cuak. ' Hahahah! kenapa? Kau takut ?' Soal makciknya yang masih belum habis mentertawakan anak saudaranya itu. ' Apa pulak tak takut. Rumah besar macam ni entah daripada mana datangnya penyangak menyelinap masuk rumah . Naya. ' Jelas Fitrah. Mencapai kerusi pada meja makan lalu duduk .

' Kalau ada pun , ada ke yang nak tegur kau macam tadi? Silap-silap rumah dah kosong pun engkau tak sedar.' Sindir makciknya. Mereka berbual mesra di dapur sambil menyiapkan makan malam . Fitrah berasa sangat gembira setelah lama tidak bertemu dengan makciknya. Akhirnya dapat juga berbual dan bergurau bersama-sama. Fitrah menganggap makciknya itu seperti ibunya sendiri. Oleh kerana mereka jauh, Fitrah merindui makciknya sama sahaja seperti merindui arwah ibunya yang sudah lama meninggal dunia sejak dia berusia 4 tahun. Sekarang sudah meningkat usia remaja. Malah hendak berakhir zaman remajanya dan melangkah ke alam dewasa. Masih lagi terkapai-kapai mencari dirinya yang sebenar untuk meneruskan kehidupan hari-hari.

Anak kecil tadi menerpa ke arah mamanya dan bertanya ' Mama, bila papa nak balik? Adik laparlah?' Soal anak kecil itu. ' Yeke lapar? Ke rindu kat abang Afif? ' Sindir Fitrah untuk mengusik sepupu baru nya itu.
' Nanti Pikah dah besar macam Kak Fit. Pikah nak kahwin dengan abang Afif.' Ujar anak kecil itu tersenyum malu. Makciknya ketawa sahaja melihat kelakuan mereka berdua. ' Eh, Abang Afif suka kat akak. Mana boleh kahwin dengan Pikah.' Mengusik sahaja si Fitrah ni. Anak kecil itu daripada berwajah manis tiba-tiba sahaja bertukar muram. ' Alah.. merajuk la ni? Anak mama merajuk ye. Nanti abang Afif dah balik Pikah pergi tanya dia. Okay? ' Makcik Fitrah yang ingin memujuk anaknya. Fitrah tersenyum lebar melihat karenah anak kecil itu. ' Wah, dah pandai ek budak-budak zaman sekarang ni.' Fitrah berbisik di dalam hati.

Friday 24 February 2012

Part 6

Views
Sampai sahaja di rumah ibu saudara Fitrah, seorang budak perempuan yang comel sedang menunggu di hadapan pintu pagar rumah. ' Dah sampai pun, lamanya.' anak kecil itu berkata. Fitrah tidak tahu siapakah yang menegurnya tadi itu . ' Adik ni siapa? Buat apa tunggu di sini sorang-sorang? ' Soal Fitrah . Fitrah tertarik melihat tingkah laku anak kecil itu yang ramah menyapa Fitrah dan Afif sesudah sahaja ternampak mereka berdua itu menuruni taksi .
' Kak Fit ni buat lawak lah pulak. Papa cakap kalau nampak korang dah sampai suruh korang masuk rehat dulu kat dalam. Papa keluar kejap beli barang masak untuk makan malam nanti. ' Lancar sahaja anak kecil itu berkata-kata.
Afif dapat mengagak yang anak kecil itu tadi merupakan sepupu kepada Fitrah. ' Eh, takkan kau tak kenal sepupu kau sendiri Fit? Lama sangat ke korang tak jumpa? ' soal Afif .
Fitrah tidak menyangka anak kecil itu adalah sepupunya kerana makciknya tidak memiliki cahaya mata sebelum ini. ' Aaaa... Tak tahu lah aku? Sebab makcik aku tak ada anak? Haish, tak kan la aku silap?' Hairan si Fitrah .

Anak kecil itu lantas menarik  tangan mereka lalu masuk ke kawasan rumahnya. ' Ish, korang nih lambat betul. Cepat lah masuk , Pikah dah letih tunggu kat luar lama-lama. ' sambil merungut.
Setelah masuk ke dalam rumah, Fitrah melihat pada dinding-dinding rumah yang tergantung gambar keluarga di mana terdapat gambar makcik dan juga pakciknya. ' Hah! betul lah ni rumah makcik aku. Ni gambar dia dengan pakcik. Eh ? Budak ni pun ada sekali lah. ' Fitrah berasa keliru.

Afif sudah mengesyak , kemungkinan besar makciknya mengambil anak angkat bagi melengkapi sebuah keluarga bahagia. Memandangkan makciknya pun tak ada anak. ' Weyh, makcik kau tak citer ke? Yalah, dia ambil anak angkat ke an ? ' Jelas Afif.
'Entah lah. Dia tak ada pun citer apa-apa kat aku dengan ayah. Tak pe lah tunggu pakcik balik nanti aku tanya. Pelik juga aku bila budak ni tau nama aku.' Ujar Fitrah sambil mengerling ke arah anak kecil itu .

Tidak lama kemudian pakcik Fitrah pun tiba. Bunyi motorsikal superbike pak cik nya telah menarik perhatian Afif  lalu keluar . ' Assalammualaikum, apa khabar pakcik?' Afif memberi salam terhadap pakcik Fitrah itu lalu menghulurkan tangannya. 'Waalaikumussalam, alhamdulillah sihat. Kamu dah lama sampai? ' Sambut pakcik Fitrah itu dengan tersenyum mesra. Pakcik Fitrah mempelawa Afif untuk masuk ke dalam. ' Marilah masuk, boleh lah kita berbual panjang. ' Afif menganguk ' Baiklah..'

Anak kecil itu segera bergegas ke arah pak cik Fitrah lalu meminta beg plastik yang dibawanya. 'Pikah bawa elok-elok . Jangan sampai terjatuh. Nanti tak makan la kita malam ni.' Pakcik Fitrah pun menghulurkan beg plastik tersebut sambil berpesan kepada anak kecil itu . Terdengar sahaja suara pakcik , Fitrah pula tak sempat-sempat ingin bersua muka dengan pakciknya. Pakcik duduk di atas sofa mewahnya . 'Pakcik, siapa budak tu? ' Soal Fitrah yang tak sempat-sempat .

'Weyh, kalau ye pun sini lah duduk dulu . ' Ajak Afif. Fitrah memuncungkan mulutnya lalu duduk  di sebelah pakciknya. 'Eleh... ' sambil menjeling ke arah Afif. 'Pikah anak angkat pakcik dan makcik. Baru 2 bulan dia tinggal dengan kami. Alhamdulillah dia pun dapat menyesuaikan diri. ' Jelas pakciknya . Sudah pastinya Fitrah berasa hairan. Sedangkan anak kecil itu baru lagi di dalam keluarga ini.

'Patutlah tak tahu apa-apa pun. Pakcik balik kampung dah la jarang sekali. ' Ujar Fitrah sambil tersengeh.
Rancak mereka berbual sehingga senja menjelang. Mak cik Fitrah pun sampai ke rumah. 'Assalammualaikum..' Makciknya mengucap salam sebelum masuk ke rumah. Namun, tidak ada sesiapa yang kelihatan. 'Mana pergi semua orang nih? Kasut saja banyak bersepah, tak kan lah belum sampai lagi budak-budak nih? ' Hairan mak cik Fitrah.

Link Exchange