Sunday 26 February 2012

Part 7

Views
Tak cukup dari hadapan sampai ke dapur makcik si Fitrah ini mencari ke mana saja pergi orang di dalam rumah ini. Sehinggalah muncul si anak kecil ini menegur ' Mama. Mama dah balik. ' Terdengar sahaja suara yang manja itu lantas menolehkan kepalanya. Hati yang bimbang menjadi tenang sebaik sahaja senyuman yang comel menyambut kepulangannya. ' Adik. Ke mana papa? Kak Fitrah dah sampai kan? Risau mama tengok rumah sunyi saja.' soal mak cik Fitrah yang masih lagi keliru.

Anak kecil itu tersenyum lebar melihat mamanya yang tampak keletihan pulang ke rumah. ' Papa ada kat atas tengah siap-siap nak pergi surau . Abang Afif pun. Kak Fitrah tak tahu buat apa. Ada dalam bilik tu.' Ujar anak kecil itu .
Tidak lama kemudian pakcik Fitrah pun menuruni tangga rumah banglo mereka . ' Eh , Mama. Dah sampai pun, papa baru nak call tadi. ' Ujar si suami. Makcik Fitrah hanya mencapai tangan suaminya lalu bersalaman. ' Mama pun ingat nak call juga . Tapi alang-alang kawan nak tumpangkan. Mama balik dengan dia sajalah. Pa, Mama naik atas mandi dulu.' Makcik Fitrah lalu menaiki tangga dan terus ke bilik tidurnya.

Kebetulan berselisihan pula dengan budak Afif ni. Afif yang sudah lama tidak bertemu dengan makcik Fitrah berasa teruja apabila telah bersua muka . ' Eh, makcik.' sambil menyuakan tangan untuk menyalam makcik Fitrah itu. Makcik Fitrah lalu menyambut salam Afif namun tidak menghulurkan tangannya. ' Eh, kamu sudah berwuduk kan? Tak apa, beri salam pun makcik dah okay.' Tegur makcik Fitrah mengingati Afif . Afif boleh pula terlupa . Yalah, excited sangat berjumpa dengan makcik Fitrah. Sebelum ni makcik Fitrah mengenalinya sewaktu berumur 5-6 tahun semasa di kampung .Tak menyangka pula akhirnya mak cik Fitrah sekarang sudah hidup senang seperti hari ini.

'Abang bau wangilah.' puji si anak kecil sambil mebulatkan biji matanya dan tersenyum comel. Afif terasa seronok pula bila dipuji . ' Ek? Abang hensem tak?' Melebih-lebih pula budak Afif ni. Anak kecil tadi menjawab , ' Hensem. Macam Donghae super junior.' Tersengeh anak kecil itu. 'Dah siapa pulak Donghae ni? Super junior bukankah kumpulan Korea yang terkenal di seluruh negara tu? Wah, boleh tahan budak ni ek.' Aneh sahaja si Afif sambil berbisik di dalam hatinya.

Pakcik Fitrah melihat anaknya itu mesra sahaja dengan si Afif . Walaupun baru hari ini sahaja mereka berjumpa tapi seakan sudah lama mereka kenal. Hatinya bersyukur kehadrat ilahi. Walaupun anak itu masih kecil namun dia dapat menyesuaikan diri dalam keluarga ini dengan baik . ' Afif, jom. ' Ajak pakcik Fitrah untuk ke surau. Afif pun bergegas ke pintu keluar lalu menyarung sandalnya. Mereka pun pergi.

Fitrah yang segar selepas mandi. Menuruni tangga dan terus ke dapur. Melihat barang-barang dapur yang dibeli oleh pakciknya. Tiba-tiba ada ilham pula untuk menu makan malam nanti. Tidak lama kemudia mak cik Fitrah pun turun ke dapur. 'Engkau buat apa tu Fit? ' Teguran makciknya mengejutkan dia sehingga tercampak lobak yang ada pada tangan nya.

'Astarghfirullahalazim..makcik!' Tiba-tiba nada suara Fitrah tinggi. ' Terkejut saya. Bila makcik balik? Tak tahu pun. Ingatkan tadi saya je yang ada dalam rumah ni . ' Jelas nya sambil membongkokkan belakangnya mencapai lobak yang tergolek di bawa meja.

Makciknya menahan ketawa sampaikan tidak berdaya untuk berdiri apabila melihat perangai Fitrah yang cuak. ' Hahahah! kenapa? Kau takut ?' Soal makciknya yang masih belum habis mentertawakan anak saudaranya itu. ' Apa pulak tak takut. Rumah besar macam ni entah daripada mana datangnya penyangak menyelinap masuk rumah . Naya. ' Jelas Fitrah. Mencapai kerusi pada meja makan lalu duduk .

' Kalau ada pun , ada ke yang nak tegur kau macam tadi? Silap-silap rumah dah kosong pun engkau tak sedar.' Sindir makciknya. Mereka berbual mesra di dapur sambil menyiapkan makan malam . Fitrah berasa sangat gembira setelah lama tidak bertemu dengan makciknya. Akhirnya dapat juga berbual dan bergurau bersama-sama. Fitrah menganggap makciknya itu seperti ibunya sendiri. Oleh kerana mereka jauh, Fitrah merindui makciknya sama sahaja seperti merindui arwah ibunya yang sudah lama meninggal dunia sejak dia berusia 4 tahun. Sekarang sudah meningkat usia remaja. Malah hendak berakhir zaman remajanya dan melangkah ke alam dewasa. Masih lagi terkapai-kapai mencari dirinya yang sebenar untuk meneruskan kehidupan hari-hari.

Anak kecil tadi menerpa ke arah mamanya dan bertanya ' Mama, bila papa nak balik? Adik laparlah?' Soal anak kecil itu. ' Yeke lapar? Ke rindu kat abang Afif? ' Sindir Fitrah untuk mengusik sepupu baru nya itu.
' Nanti Pikah dah besar macam Kak Fit. Pikah nak kahwin dengan abang Afif.' Ujar anak kecil itu tersenyum malu. Makciknya ketawa sahaja melihat kelakuan mereka berdua. ' Eh, Abang Afif suka kat akak. Mana boleh kahwin dengan Pikah.' Mengusik sahaja si Fitrah ni. Anak kecil itu daripada berwajah manis tiba-tiba sahaja bertukar muram. ' Alah.. merajuk la ni? Anak mama merajuk ye. Nanti abang Afif dah balik Pikah pergi tanya dia. Okay? ' Makcik Fitrah yang ingin memujuk anaknya. Fitrah tersenyum lebar melihat karenah anak kecil itu. ' Wah, dah pandai ek budak-budak zaman sekarang ni.' Fitrah berbisik di dalam hati.

No comments:

Post a Comment

Link Exchange