Tuesday, 21 February 2012

Part 5

Views
Fitrah termenung . Melihat terus ke tingkap bas yang dinaiki olehnya bersama-sama Afif . Dalam perjalanan mereka ke bandar sudah pun memakan masa selama 4jam. Terngiang-ngiang suara Pak Hasyim di minda Fitrah . Mengimbas kembali apa yang dinasihatkan oleh bapanya. 
' Engkau nak ke bandar tu baik-baiklah. Jangan kau buat benda yang tak senonoh pula. Macam kau tau kan, kat bandar tu macam-macam yang kau akan jumpa. Pelik-pelik dari kau pun mesti ada punya. Dengar nasihat si Afif tu. Bukan nya apa, aku dah pesan minta dia tolong tengok-tengokkan kau masa di bandar nanti. ' Nasihat Pak Hasyim sebelum mereka berangkat ke bandar lagi. 

Fitrah berasa serba salah kerana niatnya untuk ke bandar adalah untuk mengcapai impian dia sebagai seorang performer yang hebat. Tetapi Pak Hasyim mengharapkan dia mencari pekerjaan yang boleh menjamin masa depannya. ' Hoi.. jauh termenung. Engkau ni dah rindukan kampung ke? Baru sahaja 4 jam . Belum lagi 2 tahun.' Tegur Afif sambil melambai-lambai tangannya di depan muka Fitrah. 
Fitrah terkejut lalu mengeluh sahaja. ' Ayah aku ada cakap apa dengan kau sebelum ni?' Tanya Fitrah. 

Afif yang sedang asyik mengunyah roti pun beralih mukanya memandang Fitrah ' Kenapa engkau tanya?' Soal Afif . 
' Ishh, engkau ni bila aku tanya tu jawab saja lah. Banyak bunyi pulak.' Fitrah berasa bengang lalu menampar lengan Afif yang duduk bersebelahan dengannya itu .
Afif terus menikmati rotinya tanpa membalas pertanyaan Fitrah itu. 'Adui! kau ni betul ke perempuan ? Macam jantan ni.' Afif mengusap-usap lengannya yang sakit itu.

Afif sengaja berdiam diri kerana tidak mahu memberi tekanan kepada rakan karibnya itu. 
' Kalau lah Fitrah tahu apa yang ayah dia nak, mesti dia rasa terikat sahaja dengan aku. Biarlah aku diam sahaja . Biar dia berkelakuan seperti biasa .' Afif berbisik di dalam hatinya. 

Pantas masa berlalu. Sedar tak sedar dah 8 jam mereka di atas bas dan akhirnya sampai juga ke destinasi. 
 'Yarrghh! lenguhnya belakang aku . Sakit punggung ni lama sangat duduk.' Afif merungut sambil merenggangkan badannya.
'Engkau ni lebih dari perempuan. Habis nanti dah jadi chef , macam mana kau nak angkat periuk-periuk besar tu? Angkat barang-barang lain lagi, tong gas lagi haaa..?' Fitrah beleter sahaja terhadap Afif. 
Afif mengorek-ngorek telinganya dengan menggunakan jari kelingking kerana berbulu dengan leteran Fitrah tadi.

' Engkau jangan lupa bagi tau Pak Hasyim yang kita ni dah selamat sampai. Jangan lupa pulak. Aku nak pergi cari public phone jap. Mak aku dah lama tunggu apa. ' Afif mengingatkan kepada Fitrah sebaik sahaja sampai di bandar. 
'Baiklah, kita pergi sekali lah . Engkau ni adala tu. Telefon mak ke telefon aweks .' Sindir Fitrah.
Mereka pun lalu pergi berjalan mencari telefon awam yang berdekatan di kawasan itu.

' Ha! tu..tu..tu public phone. Jom lah.' Fitrah mengajak Afif setelah terjumpa telefon awam. ' Ha! cepatlah. Terhegeh-hegeh la. ' Bising sahaja si Fitrah itu. 

Selepas mereka selesai membuat panggilan, mereka terus pergi mencari teksi untuk pergi ke rumah ibu saudara Fitrah yang kebetulannya tinggal berdekatan . 
' Dah ambil ke alamat makcik kau tu? Nanti tercangak-cangak pula dalam taksi .' Soal Afif .
Fitrah membelek-belek buku nota kecilnya . ' Ada ni. Awal-awal  lagi ayah aku catat. Sempat pulak tu ingatkan makcik aku yang kita nak tumpang bermalam kejap sampai lah kau dah boleh masuk kerja lusa nanti. Tapi sorry la sebab makcik aku tak boleh nak jemput kita. Terpaksa lah ambil taksi sendiri . Yalah, dia sekarang sibuk dekat hospital tu.' Ujar Fitrah. 

' Relax lah, aku tak kisah pun. Janji dia sudi tolong pun dah bersyukur. Kalau tak nak merempat mana aku malam ni. ' Jelas Afif . ' Makcik kau doktor ke? ' Tanya Afif lagi. 
Fitrah yang sedang lenguh menggalas begnya lalu duduk di tepi tiang yang ada berdekatan dengannya. ' Tak ada lah, nurse sahaja pun. Minggu ni dia habis kerja lewat sikit. ' Balas Fitrah sambil melunjurkan kakinya. 

'Ha, bangun kak cik. Jom..jom.. Taksi dah sampai tu. Cepat nanti melepas pulak. ' Gesa Afif yang menyuruh Fitrah segera bangun. 
Mereka pun menahan taksi tersebut lalu terus bertolak ke rumah ibu saudara Fitrah. 



No comments:

Post a Comment

Link Exchange