Friday 24 February 2012

Part 6

Views
Sampai sahaja di rumah ibu saudara Fitrah, seorang budak perempuan yang comel sedang menunggu di hadapan pintu pagar rumah. ' Dah sampai pun, lamanya.' anak kecil itu berkata. Fitrah tidak tahu siapakah yang menegurnya tadi itu . ' Adik ni siapa? Buat apa tunggu di sini sorang-sorang? ' Soal Fitrah . Fitrah tertarik melihat tingkah laku anak kecil itu yang ramah menyapa Fitrah dan Afif sesudah sahaja ternampak mereka berdua itu menuruni taksi .
' Kak Fit ni buat lawak lah pulak. Papa cakap kalau nampak korang dah sampai suruh korang masuk rehat dulu kat dalam. Papa keluar kejap beli barang masak untuk makan malam nanti. ' Lancar sahaja anak kecil itu berkata-kata.
Afif dapat mengagak yang anak kecil itu tadi merupakan sepupu kepada Fitrah. ' Eh, takkan kau tak kenal sepupu kau sendiri Fit? Lama sangat ke korang tak jumpa? ' soal Afif .
Fitrah tidak menyangka anak kecil itu adalah sepupunya kerana makciknya tidak memiliki cahaya mata sebelum ini. ' Aaaa... Tak tahu lah aku? Sebab makcik aku tak ada anak? Haish, tak kan la aku silap?' Hairan si Fitrah .

Anak kecil itu lantas menarik  tangan mereka lalu masuk ke kawasan rumahnya. ' Ish, korang nih lambat betul. Cepat lah masuk , Pikah dah letih tunggu kat luar lama-lama. ' sambil merungut.
Setelah masuk ke dalam rumah, Fitrah melihat pada dinding-dinding rumah yang tergantung gambar keluarga di mana terdapat gambar makcik dan juga pakciknya. ' Hah! betul lah ni rumah makcik aku. Ni gambar dia dengan pakcik. Eh ? Budak ni pun ada sekali lah. ' Fitrah berasa keliru.

Afif sudah mengesyak , kemungkinan besar makciknya mengambil anak angkat bagi melengkapi sebuah keluarga bahagia. Memandangkan makciknya pun tak ada anak. ' Weyh, makcik kau tak citer ke? Yalah, dia ambil anak angkat ke an ? ' Jelas Afif.
'Entah lah. Dia tak ada pun citer apa-apa kat aku dengan ayah. Tak pe lah tunggu pakcik balik nanti aku tanya. Pelik juga aku bila budak ni tau nama aku.' Ujar Fitrah sambil mengerling ke arah anak kecil itu .

Tidak lama kemudian pakcik Fitrah pun tiba. Bunyi motorsikal superbike pak cik nya telah menarik perhatian Afif  lalu keluar . ' Assalammualaikum, apa khabar pakcik?' Afif memberi salam terhadap pakcik Fitrah itu lalu menghulurkan tangannya. 'Waalaikumussalam, alhamdulillah sihat. Kamu dah lama sampai? ' Sambut pakcik Fitrah itu dengan tersenyum mesra. Pakcik Fitrah mempelawa Afif untuk masuk ke dalam. ' Marilah masuk, boleh lah kita berbual panjang. ' Afif menganguk ' Baiklah..'

Anak kecil itu segera bergegas ke arah pak cik Fitrah lalu meminta beg plastik yang dibawanya. 'Pikah bawa elok-elok . Jangan sampai terjatuh. Nanti tak makan la kita malam ni.' Pakcik Fitrah pun menghulurkan beg plastik tersebut sambil berpesan kepada anak kecil itu . Terdengar sahaja suara pakcik , Fitrah pula tak sempat-sempat ingin bersua muka dengan pakciknya. Pakcik duduk di atas sofa mewahnya . 'Pakcik, siapa budak tu? ' Soal Fitrah yang tak sempat-sempat .

'Weyh, kalau ye pun sini lah duduk dulu . ' Ajak Afif. Fitrah memuncungkan mulutnya lalu duduk  di sebelah pakciknya. 'Eleh... ' sambil menjeling ke arah Afif. 'Pikah anak angkat pakcik dan makcik. Baru 2 bulan dia tinggal dengan kami. Alhamdulillah dia pun dapat menyesuaikan diri. ' Jelas pakciknya . Sudah pastinya Fitrah berasa hairan. Sedangkan anak kecil itu baru lagi di dalam keluarga ini.

'Patutlah tak tahu apa-apa pun. Pakcik balik kampung dah la jarang sekali. ' Ujar Fitrah sambil tersengeh.
Rancak mereka berbual sehingga senja menjelang. Mak cik Fitrah pun sampai ke rumah. 'Assalammualaikum..' Makciknya mengucap salam sebelum masuk ke rumah. Namun, tidak ada sesiapa yang kelihatan. 'Mana pergi semua orang nih? Kasut saja banyak bersepah, tak kan lah belum sampai lagi budak-budak nih? ' Hairan mak cik Fitrah.

No comments:

Post a Comment

Link Exchange